RADIO AI ONLINE PERTAMA DI MALAYSIA
AnggunFM ialah radio online unik yang dikendalikan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI) — menjadikannya antara radio AI pertama seumpamanya di Malaysia!
- DJ Anggun
Personaliti maya ceria dan mesra yang sentiasa menemani anda di udara. Suara DJ dijana sepenuhnya oleh AI — tanpa skrip tetap, tetapi dengan sentuhan manusia yang menghiburkan. - 100% Dikuasakan oleh AI
Tiada manusia di balik konsol — sistem permintaan lagu, pemilihan muzik, bacaan ucapan dan penjadualan semuanya dikawal oleh sistem AI kami. - Permintaan Lagu Pintar
Pendengar boleh hantar request lagu dengan ucapan(dalam pembinaan), dan AI akan mainkan lagu sambil membacakan mesej anda secara langsung. -
Komuniti IRC Aktif
Berpangkalan di server KampungChat, channel #anggunfm — tempat utama sembang langsung bersama pendengar lain dan DJ Anggun.
AnggunFM bukan sekadar radio — ia satu komuniti pintar yang terbuka untuk semua. Sama ada anda peminat muzik, penggemar teknologi, atau sekadar nak borak dengan DJ AI yang ceria — AnggunFM Semua Muzik Tiada Limit


Sistem AnggunFM dibina menggunakan teknologi AI berasaskan Python, bahasa pengaturcaraan yang mantap dan fleksibel. Dari pemprosesan teks ucapan, pengurusan request lagu, hinggalah kepada penghasilan suara DJ, semua dikendalikan secara automatik melalui skrip dan modul Python yang dioptimumkan.
Dengan gabungan Natural Language Processing (NLP), Text-to-Speech (TTS), dan Unik Sistem Queue, AnggunFM memastikan setiap permintaan lagu dan ucapan disampaikan dengan lancar dan realistik — seolah-olah DJ sebenar sedang bersiaran.
AnggunFM menggunakan gabungan sistem Python dan teknologi AI daripada OpenAI untuk menjayakan DJ maya kami, DJ Anggun. Dengan sokongan model bahasa dari OpenAI, sistem ini mampu memahami mesej pendengar, membalas secara semula jadi, serta menjana ucapan DJ yang kedengaran hidup dan mesra.
Kesemua sistem unik di AnggunFM — dari DJ AI, permintaan lagu, bacaan ucapan, hinggalah kawalan siaran — dikawal sepenuhnya melalui mIRC, yang berfungsi sebagai “center core” bagi keseluruhan operasi kami. Melalui skrip khas dan sambungan Python, mIRC menjadi penghubung antara sistem AI, audio, dan pengguna — menjadikan operasi AnggunFM lancar, pintar dan responsif secara langsung.
ANGGUNFM
FLOW SYSTEM
This is the title

